Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» salam perkenalan
Sun Apr 14, 2013 10:15 am by adisk

» Usul Dan Cadangan Reunion 2010
Thu Mar 18, 2010 3:11 am by Admin

» PERHATIAN!!!!!! PERATURAN BERFORUM
Fri Feb 05, 2010 12:36 am by mie_aplus

» PERHATIAN!!!!!! PERATURAN BERFORUM
Fri Feb 05, 2010 12:35 am by mie_aplus

» PERHATIAN!!!!!! PERATURAN BERFORUM
Fri Feb 05, 2010 12:34 am by mie_aplus

» PERHATIAN!!!!!! PERATURAN BERFORUM
Fri Feb 05, 2010 12:32 am by mie_aplus

» PERHATIAN!!!!!! PERATURAN BERFORUM
Fri Feb 05, 2010 12:29 am by mie_aplus

» PERHATIAN!!!!!! PERATURAN BERFORUM
Fri Feb 05, 2010 12:26 am by mie_aplus

» PERHATIAN!!!!!! PERATURAN BERFORUM
Fri Feb 05, 2010 12:21 am by mie_aplus

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 

Calendar Calendar


PERHATIAN!!!!!! PERATURAN BERFORUM

View previous topic View next topic Go down

PERHATIAN!!!!!! PERATURAN BERFORUM

Post  mie_aplus on Fri Feb 05, 2010 12:32 am

Assalamualaikum dan salam hormat kepada semua forumers. Demi menjaga keharmonian forum ini, beberapa peraturan dan syarat berforum perlu diikuti oleh semua forumers. Berikut kami gariskan peraturan-peraturan tersebut. Forumers yang melanggar mana-mana peraturan yang digariskan akan diperingatkan oleh moderator melalui 'pm' dan setelah segala prosedur dilaksanakan untuk memperingatkanya tapi masih tidak mendapat respon dari forumers, berkemungkinan posting mereka akan dipadamkan, diedit atau nickname mereka akan kami blok.

1. Forumers adalah dilarang sama sekali menggunakan bahasa-bahasa kasar atau menghantar posting2 yang mengandungi unsur-unsur sabotaj, perkauman, politicking, memutar belitkan fakta, fitnah, mengutuk sesama sendiri dengan niat untuk menimbulkan persengketaan, perselisihan faham atau kemarahan kecuali sekadar untuk bergurau senda dengan bahasa yang tidak keterlaluan atau sampai menjatuhkan air muka seseorang dan adalah gurauan itu dengan sebab yang diketahui atau diyakini tidak menerbitkan perasaan-perasaan tidak senang hati dihati penerimanya seperti yang digariskan di atas.

2. Forumers adalah dilarang mengeluarkan pendapat-pendapat yang nyata bertentangan dengan undang-undang sama ada yang mensabitkan pendapat itu kepada pihak berkuasa tempatan seperti J.P.J, P.O.L.I.S, KASTAM, IMIGRESEN, MAHKAMAH dan jabatan-jabatan yang diberikan kuasa oleh kerajaan untuk menegakkan undang-undang.

3. Forumers adalah dilarang sama sekali mengiklankan apa-apa barangan atau produk yang menyalahi undang-undang di topik market place. Mereka yang mengiklankan barangan di topik marketplace perlu melampirkan sekali butir-butir barangan yang hendak diiklankan DAN butir-butir maklumat peribadi pengiklan seperti nama dan no telipon. Sebarang penipuan yang berlaku dalam urusniaga, maklumat ini akan digunakan oleh admin dan moderator untuk tindakan susulan.

4. Forumers adalah tertakluk dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap posting/statement yang dihantar ke laman web ini. Admin dengan bantuan moderator berhak mengedit mana-mana posting yang menyalahi etika yang digariskan.

5. Posting2 yang dihantar merupakan pandangan peribadi forumers dan tidak sama sekali mencerminkan pandangan Warga Smtt sebahagian atau seluruhnya. Justeru menjadi tanggunjawab pembaca juga untuk membuat penilaian sendiri.

6. Admin dan moderator tidak mensyaratkan penggunaan bahasa-bahasa yang menurut 'nahu' sepatutnya. Oleh demikian, penggunaan bahasa-bahasa 'pasar' dengan penyusunan nahu yang tidak mengikut bahasa persuratan atau bahasa peperiksaan yang sepatutnya bukanlah menjadi etika di forum ini. Justeru Kami tidak bertanggungjawab jika ianya digunakan dalam peperiksaan! Pembaca terutama yang terdiri dari para pelajar, perlu memahami bahawa forum juga mempunyai 'bahasanya' yang tersendiri sebagaimana bahasa dalam buku komik atau kartun!

7. Mana-mana posting yang melanggar etika berforum yang admin dan moderator terlepas pandang, sila pembaca maklumkan kepada admin dan moderator yang dilantik untuk tindakan susulan.

Akhir kata, kami di sini mengucapkan Selamat Berforum kepada semua !!!

mie_aplus
Kadet
Kadet

Posts : 15
Join date : 23/01/2010
Age : 33
Location : Puchong Selangor

View user profile http://www.waja-club.blogspot.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum